Program ”Happy Movie Time” anjuran Taska Majlis Perbandaran Selayang telah berlangsung pada 28 Julai 2026 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Gombak dengan penyertaan seramai 25 orang yang terdiri daripada kanak-kanak Taska MPS serta pegawai.
Sepanjang program, para peserta telah menonton filem Papazola The Movie sebagai aktiviti utama. Program ini bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan menerusi aktiviti santai di luar taska, di samping menyokong perkembangan sosial, emosi dan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Selain itu, program ini turut mengeratkan hubungan antara kanak-kanak dan pegawai dalam suasana yang ceria, selamat serta kondusif.
Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti di luar bilik darjah.