Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Sesi Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan dan Anak-Anak Keperluan Khas bagi tahun 2026, serta Sumbangan Anak-Anak SPM dan STPM bagi sesi 2025/2026.
Program ini telah berlangsung pada Khamis, 8 Januari 2025 bertempat di Lobi Menara Majlis Perbandaran Selayang dan melibatkan seramai 150 orang kakitangan MPS yang layak sebagai penerima sumbangan.
Diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak, di samping menjadi galakan dan penghargaan kepada anak-anak yang telah serta bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.