Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan operasi pemantauan penguatkuasaan Program Kilang Tanpa Kebenaran di sekitar Batu Caves dan Gombak dengan penglibatan lima (5) anggota Jabatan Pelesenan serta sepuluh (10) anggota Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS.
Sebanyak lima (5) premis telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan. Hasil pemeriksaan mendapati satu (1) premis ditutup, manakala empat (4) premis masih beroperasi. Hasil daripada pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan, sebanyak tiga (3) premis diarahkan tutup selepas didapati gagal mematuhi kehendak yang ditetapkan.
Selain itu, MPS turut mengambil tindakan penguatkuasaan melibatkan pengeluaran tiga (3) kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPS 2007, tindakan sitaan di bawah undang-undang kecil yang sama serta pengeluaran satu (1) kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Iklan MPS 2007.
Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perniagaan mematuhi peruntukan undang-undang serta mengawal kewujudan kilang tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran MPS.