Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

OPERASI PEMATUHAN PENJAJA

OPERASI PEMATUHAN PENJAJA

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan telah melaksanakan Operasi Pematuhan Penjaja di beberapa lokasi sekitar kawasan pentadbiran MPS bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Operasi di Pasar Malam Selayang Utama ini melibatkan sembilan (9) orang anggota Jabatan Pelesenan MPS dan tujuh (7) orang anggota Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja MPS, dengan tindakan yang diambil meliputi pengeluaran 26 kompaun di bawah UUK 3, tiga kompaun di bawah UUK 16(1), satu kompaun di bawah UUK 10(2) serta tindakan sitaan terhadap penjaja warga asing.

Di Jalan SM 1, Taman Sunway Batu Caves pula, tindakan penguatkuasaan telah dikenakan terhadap enam (6) penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa permit melibatkan aktiviti makanan dan minuman (food truck dan khemah statik), jualan bunga serta buah-buahan bermusim. Sebanyak satu (1) kompaun di bawah UUK 3 telah dikeluarkan, manakala enam (6) sitaan turut dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS.

Sementara itu, di hadapan Shell Sri Batu Caves, tindakan sitaan di bawah UUK 3 telah diambil terhadap seorang penjaja buah-buahan bermusim (durian) yang menjalankan perniagaan tanpa permit.

Operasi ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan MPS dalam memastikan aktiviti penjajaan mematuhi peruntukan undang-undang serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, selamat dan terurus demi kepentingan semua pihak.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama