Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN SYARAT PELESENAN

OPERASI BERSEPADU PEMATUHAN SYARAT PELESENAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pematuhan Syarat Pelesenan di sekitar Pasar Borong Selayang Baru dengan penglibatan anggota Jabatan Pelesenan MPS, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MPS, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK), serta Jabatan Korporat.

Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan syarat pelesenan, tahap kebersihan premis serta pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, bersih dan selamat.

Sepanjang operasi, Jabatan Pelesenan telah mengeluarkan dua notis pematuhan syarat, lima notis tutup premis, melaksanakan penutupan lima premis, menarik balik dua lesen perniagaan serta mengeluarkan dua kompaun.

JPSPK pula telah menyita sebanyak 62 ekor ayam hidup, mengeluarkan 17 kompaun di bawah Bahagian Kesihatan, menutup sebuah premis serta mengeluarkan lima kompaun di bawah Bahagian Kawal Selia. Selain itu, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan turut melaksanakan sitaan melibatkan 18 inventori.

MPS akan terus melaksanakan pemantauan dan operasi penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan setiap pemegang lesen mematuhi syarat pelesenan dan peraturan yang ditetapkan demi kepentingan masyarakat serta kesejahteraan kawasan pentadbiran.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama