Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

OPERASI BERSEPADU PEMANDU WARGA ASING (PEWA) MPS

OPERASI BERSEPADU PEMANDU WARGA ASING (PEWA) MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan 13 tindakan penguatkuasaan, melibatkan penyitaan 12 kenderaan dan barangan serta pengeluaran 1 kompaun dalam Operasi Bersepadu Pemandu Warga Asing (PEWA) yang diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor pada 29 Julai 2026 di beberapa lokasi tumpuan.

Operasi yang melibatkan 54 anggota penguat kuasa JPJ Negeri Selangor dan 30 anggota penguat kuasa MPS ini memberi tumpuan di Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Kampung Bendahara, Kampung Sungai Tua dan Taman Jasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta membanteras pelbagai kesalahan di bawah bidang kuasa agensi yang terlibat.

Tindakan penguatkuasaan MPS melibatkan penyitaan 3 motosikal, 2 van, 5 basikal dan 2 troli, manakala sebuah lori telah dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil MPS. Antara kesalahan yang dikesan termasuk menjalankan aktiviti penjajaan tanpa lesen, menghalang tempat awam dan meletakkan kenderaan berat di kawasan taman.

Dalam operasi yang sama, JPJ Negeri Selangor telah memeriksa 126 kenderaan, mengesan 256 kesalahan, mengeluarkan 420 notis serta menyita 34 kenderaan yang terdiri daripada 23 motosikal, 6 motokar dan 5 lori. Selain itu, seramai 23 pemandu warga asing turut dikesan melakukan kesalahan memandu tanpa lesen.

MPS akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama JPJ Negeri Selangor dan agensi berkaitan dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan pematuhan undang-undang, keselamatan pengguna jalan raya serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama