Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MESYUARAT PENUTUP AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001.2015 & ISO IEC 27001.2022

MESYUARAT PENUTUP AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001.2015 & ISO IEC 27001.2022

Mesyuarat Penutup Lawatan Kombinasi Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 27001:2022 telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Sesi pengauditan yang berlangsung selama tiga hari ini telah membuahkan pencapaian yang amat membanggakan apabila buat pertama kalinya dalam sejarah MPS, Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) berjaya mencatatkan tiada Opportunity for Improvement (OFI) dan tiada Non-Conformity Report (NCR). Bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISO/IEC 27001:2022) pula, hanya satu (1) OFI direkodkan tanpa sebarang ketakakuran.

Pencapaian ini membolehkan MPS mengekalkan Pensijilan Semula bagi kedua-dua standard ISO, sekali gus membuktikan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan yang mantap, pematuhan terhadap keperluan piawaian antarabangsa serta amalan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi seluruh warga MPS dalam memastikan setiap proses kerja dilaksanakan secara sistematik, berkualiti dan berintegriti. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kecemerlangan organisasi serta meningkatkan keyakinan pelanggan dan pihak berkepentingan terhadap perkhidmatan yang disampaikan oleh MPS.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga MPS atas kejayaan yang membanggakan ini.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama