Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST)

MAJLIS MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST)

Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima (SST) untuk skop perkhidmatan kutipan sisa domestik dan pukal kawasan di bawah pentadbiran MPS telah berlangsung pada 28 Februari 2024  di Lobi Menara MPS. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang bersama YBrs. Dato' Hj. Ramli bin Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) dengan disaksikan YB Dato' Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor. 

Pada majlis ini juga telah diadakan penyerahan surat lantikan KDEBWM sebagai kontraktor kutipan sisa industri dan perdagangan serta penyerahan replika kunci sebagai simbolik pelancaran lori kompaktor dengan imej baharu.

KDEBWM akan meneruskan skop perkhidmatan kutipan sisa domestik dan pukal di bawah kontrak baharu ini bermula 16 Mac 2024 dan akan berakhir pada 15 April 2031. Selain itu bermula 1 Mac 2024, semua pemegang lesen industri dan perdagangan di bawah kawasan MPS adalah diwajibkan untuk melantik syarikat KDEBWM untuk perkhidmatan pengurusan sisa pepejal industri dan perdagangan.

Image
MAJLIS MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST)