603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS MPS

MAJLIS LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS MPS

Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi Penggal 2026–2027 telah berlangsung di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. Majlis ini menyaksikan seramai 24 orang Ahli Majlis MPS, termasuk Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremin bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak, menyempurnakan lafaz akuan sebagai Ahli Majlis MPS di hadapan Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Daripada jumlah tersebut, seramai 15 orang merupakan Ahli Majlis lantikan semula manakala sembilan orang lagi adalah Ahli Majlis lantikan baharu.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Lafaz Aku Janji Integriti oleh Ahli Majlis yang diketuai oleh Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS, sebagai penegasan terhadap komitmen integriti, ketelusan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; YB Puan Pua Pei Ling, Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan; Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik Menteri Besar; Tuan Mohammad Faizal bin Ismail, Pengurus Ahli Parlimen Gombak; serta barisan pengarah dan pegawai kanan MPS.