603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BAHARU 2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BAHARU 2026

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sempena pembukaan tirai tahun baharu 2026 telah berlangsung di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang.

Acara dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Yasin serta doa selamat yang dipimpin oleh Tuan Haji Ustaz Mohd Ridzuan Md Noor, Nazir Masjid Al-Firdaus. Seterusnya, majlis menyaksikan penyampaian sumbangan daripada pihak MPS kepada Masjid Al-Firdaus, yang disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Majlis kemudian diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan.

Majlis ini turut dihadiri YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS, YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz; Pegawai Daerah Gombak, pihak pengurusan MPS, para Penyelaras DUN, Ahli Majlis, wakil jabatan serta agensi di Gombak, dan kariah masjid.