Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024

Tuan Adi Faizal, Timbalan Yang Dipertua MPS bersama wakil pengurusan MPS telah menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 yang disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang telah berlangsung pada 23 Januari 2024 secara dalam talian. Lintas langsung Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Kristal, Bangunan KPKT. 

Turut menyertai Majlis Amanat ini adalah Timbalan Menteri KPKT, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Talib serta pegawai-pegawai Kanan Kementerian, Jabatan, Agensi, wakil-wakil daripada 155 PBT dari seluruh negara secara bersemuka dan dalam talian. 

YB Nga Kor Ming telah menyampaikan amanat kepada setiap warga KPKT agar sentiasa jelas bahawa falsafah kepimpinan adalah berlandaskan Rukun Negara. Beliau berharap agar amanat ini dapat menjadi pembakar semangat dalam meningkatkan mutu kerja yang lebih baik pada tahun 2024 demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Image
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024
Image
Tuan Adi Faizal, Timbalan Yang Dipertua MPS bersama wakil pengurusan MPS telah menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 yang disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang telah berlangsung pada 23 Januari 2024 secara dalam talian. Lintas langsung Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Kristal, Bangunan KPKT.  Turut menyertai Majlis Amanat ini adalah Timbalan Menteri KPKT, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman