603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERBANDARAN KULAI KE MPS

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERBANDARAN KULAI KE MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Perbandaran Kulai yang terdiri daripada 40 orang dan diketuai oleh YBrs. Tuan Ts. Haji Azmee bin Awang, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai. Kehadiran delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Ts. Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS.

Kunjungan ini diadakan bagi tujuan perkongsian maklumat serta mendapatkan pendedahan berkaitan amalan terbaik Pengurusan Taman Industri Terurus (Managed Industrial Park) yang dilaksanakan di kawasan MPS. Lawatan ini turut menjadi platform bagi mengukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pengurusan dan pembangunan pihak berkuasa tempatan.

Sesi penerangan turut disampaikan oleh Encik Mui’zzuddin bin Selamat, wakil Jabatan Perancang Bandar

dan Tuan LAr. Hyril Azim bin Baharudin, Pengurus Besar Pembangunan Tanah & Industri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan pembangunan dan pengurusan kawasan industri terurus.

Turut hadir, YBrs. Puan Suhaila binti Abd. Hamid, Penasihat Undang-Undang MPS; YBrs. Tuan Ahmad Faisal bin Badiuzman, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; YBrs. Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Korporat serta pegawai-pegawai MPS.

Diharapkan kunjungan ini dapat membuka ruang kepada pertukaran idea, perkongsian pengalaman serta hubungan yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama