Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

GOTONG-ROYONG PREMIS SEWAAN MAJLIS

GOTONG-ROYONG PREMIS SEWAAN MAJLIS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah menganjurkan Program Gotong-Royong Premis Sewaan Majlis di Gerai MPS Taman Tun Perak (UPEN) yang melibatkan 10 unit gerai.

Program ini telah disertai oleh 43 orang yang terdiri daripada penyewa gerai MPS serta warga kerja Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Landskap dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK). Melalui kerjasama semua pihak, pelbagai aktiviti pembersihan telah dilaksanakan termasuk membersihkan kawasan sekitar gerai, menebang dan mencantas pokok, memotong rumput, membersihkan longkang serta melupuskan barang-barang terpakai dan lusuh.

Selain mewujudkan persekitaran gerai yang lebih bersih, kemas dan selamat, program ini turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara MPS dan para penyewa gerai. Penglibatan aktif semua peserta mencerminkan semangat kebersamaan dalam memastikan kawasan perniagaan sentiasa berada dalam keadaan teratur dan kondusif.

Usaha seperti ini diharapkan dapat menyemai budaya menjaga kebersihan secara berterusan dalam kalangan penyewa serta komuniti setempat, selaras dengan tagline *"Gerai Bersih, Komuniti Sejahtera."*

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama