Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Ceramah Ambang Aidiladha bertempat di Lobi Menara MPS. Program ini diadakan bersempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.
Ceramah bertajuk “Korban dan Integriti : Bila Amanah Menjadi Ibadah” telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Haji Zulhazwan bin Ismail dan dihadiri seramai 350 orang kakitangan MPS.
Antara intipati ceramah adalah penekanan terhadap kepentingan menjaga amanah dengan penuh integriti agar setiap pengorbanan terhadap kerja akan menjadi ibadah kepada Allah S.W.T
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS; serta Dr. Mohd Zikry bin Zulkifle, Presiden KSDK MPS.
Semoga penganjuran ceramah ini memberi manfaat kepada seluruh warga MPS, seterusnya menjadi peringatan untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan amanah yang diberi.