MENU
 

Majlis Perbandaran Selayang telah mengeluarkan Notis Pembaharuan Lesen Perniagaan untuk tahun 2014 yang bermula 1 November sehingga 31 Disember 2013. Bagi pemilik lesen perniagaan yang telah menerima bil awal lesen, boleh membuat pembaharuan lesen perniagaan di kaunter-kaunter bayaran MPS.

Bagi pemilik lesen yang belum menerima bil awal lesen, pemilik hendaklah datang ke MPS untuk membuat semakan. Notis pembaharuan lesen yang dikeluarkan adalah bertujuan bagi mengingatkan para pemilik lesen perniagaan agar dapat memperbaharui lesen perniagaan masing-masing sebelum 1 Januari 2014 untuk mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Lesen di talian 03-6126 5934/40/41/42/43 atau layari www.mps.gov.my