MENU
 
MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN MANTAN ORANG BESAR DAERAH GOMBAK KEDUA

YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS); YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; barisan Ahli Majlis bersama pengurusan MPS berbesar hati dapat meraikan Yang Dihormatkan Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr. Haji Wan Mahmood bin Pa’Wan Teh dalam Majlis Makan Malam Penghargaan Mantan Orang Besar Daerah Gombak Kedua yang diadakan pada 12 Mei 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Melawati.

Majlis ini merupakan kerjasama antara Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi menzahirkan penghargaan kepada Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr. Haji Wan Mahmood atas jasa bakti beliau berkhidmat selama 23 tahun sebagai Orang Besar Daerah Gombak Kedua.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor; YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak dan YBrs. Tuan Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ.

Turut hadir Dato’ Ir. Hj. Cheremi bin Hj. Tarman, Orang Besar Daerah Gombak Ketiga, mantan Yang Dipertua MPS dan MPAJ, dan wakil-wakil agensi kerajaan daerah Gombak.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada Yang Dihormatkan Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr. Haji Wan Mahmood atas segala jasa dan sokongan yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau.

Event Date: 
Monday, 12 May 2025 - 3:45pm