- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
Seramai 60 peserta telah mengambil bahagian dalam Kursus Lanjutan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) dan Pegawai Pengelas melalui Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang diadakan pada 30 April 2025 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.
Peserta yang terlibat dalam kursus ini merupakan wakil-wakil jabatan MPS terdiri daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Korporat, Jabatan Bangunan, Jabatan Audit Dalam, Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Perancang Bandar, Bahagian Urus Setia, Jabatan Perundangan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Pelesenan, Jabatan Pusat Setempat (OSC), Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Pejabat Yang Dipertua dan Unit Integriti.
Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus PPJK dan Pegawai Pengelas yang telah dilaksanakan pada 3-5 Disember 2024. Kursus ini diadakan sebagai persediaan bagi pencalonan Anugerah Khas Inspektorat Keselamatan Perlindungan yang dijangka akan berlangsung bermula Jun 2025. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Ahmad Basyir bin Mohamad Hasni, Pegawai Keselamatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan .