MENU
 
PERASMIAN BALAI POLIS BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG

Sesi lawatan DYTM Raja Muda Selangor bersempena Program Gagasan Rumpun Selangor (GRS) diteruskan pada hari ketiga dengan Baginda telah berkenan merasmikan Balai Polis Bandar Country Homes, Rawang. Keberangkatan Baginda telah diiringi oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Turut hadir ke majlis ini ialah YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara; YBhg. CP Dato’ Hussein Omar Khan, Ketua Polis Selangor; YBhg. Datuk Rizam Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor serta Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.

Balai Polis Country Homes pada asalnya berfungsi sebagai sebuah balai komuniti sebelum dinaik taraf menjadi balai induk bermula 1 Julai 2024.

Event Date: 
Friday, 18 April 2025 - 8:00am