MENU
 
LAWATAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE MUZIUM ORANG ASLI

DYTM Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli membuat kunjungan ke Muzium Orang Asli bertempat di Batu 12, Gombak pada hari kedua Program Gagasan Rumpun Selangor (GRS).

Ketibaan Baginda telah disambut dengan penuh adat oleh Tok Batin setempat, dan Baginda telah dipakaikan tempo, iaitu tanjak tradisional masyarakat Orang Asli, sebagai simbolik penghormatan.

Lawatan ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Sewang Orang Asli serta kunjungan ke reruai pameran dan ruang pameran utama muzium.

Baginda juga berkenan menyertai beberapa aktiviti yang disediakan, termasuk mencuba kemahiran menyumpit, yang merupakan salah satu warisan tradisional masyarakat Orang Asli.

Event Date: 
Thursday, 17 April 2025 - 8:00am