MENU
 
DYTM RAJA MUDA SELANGOR MENCEMAR DULI SANTAPAN MALAM DI GAMUDA LUGE GARDENS

Siri lawatan DYTM Raja Muda Selangor diteruskan dengan Baginda berkenan berangkat ke Gamuda Luge Gardens bagi Majlis Santapan Malam Gagasan Rumpun Selangor (GRS) Daerah Gombak dan Majlis Perasmian Penutup GRS peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Gamuda Luge Gardens.

Majlis santapan ini turut diserikan dengan persembahan kumpulan kebudayaan daripada SK Bandar Baru Selayang 2, dan dendangan lagu oleh penyanyi popular Iman Troye.

Sejurus selesai santapan malam baginda menyertai aktiviti dan lawatan sekitar Gamuda Luge. Majlis santapan ini dimeriahkan lagi dengan persembahan bunga api.

Turut menghadari majlis santapan ini ialah Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; Yang Berhormat Datuk Dr. Haniff Bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang Berhormat Datuk Rizam Bin Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor; Yang Berhormat Tuan Lau Weng SanTuan, Speaker Dewan Negeri Selangor; Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang; Pengarah Eksekutif Gamuda Land serta ketua-ketua agensi peringkat negeri dan daerah.

Kredit Gambar : Gamuda Gardens & MPS

Event Date: 
Thursday, 17 April 2025 - 8:00am