MENU
 
LAWATAN DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE PASAR MALAM TAMAN SAMUDERA, BATU CAVES

DYTM Raja Muda Selangor berkenan berangkat melawat pasar malam di Taman Samudera, Gombak.

Keberangkatan baginda diiringi Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS bersama delegasi menarik perhatian warga penduduk sekitar kerana secara ‘konvoi’ dengan menaiki Vespa.

Dalam lawatan kira-kira 30 minit itu baginda berkenan meninjau ke gerai-gerai jualan serta menyerahkan sumbangan apron dan topi kepada peniaga sambil beramah mesra dengan pengunjung.

Seterusnya, baginda berangkat ke majlis makan malam dan beramah mesra bersama ketua-ketua jabatan Daerah Gombak.

Event Date: 
Wednesday, 16 April 2025 - 7:45am