MENU
 
TAKLIMAT PENGENALAN DAN KESEDARAN ISO@IEC 270012022 INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS)

 

TAKLIMAT PENGENALAN DAN KESEDARAN ISO/IEC 27001:2022 INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Taklimat Pengenalan dan Kesedaran tentang pelaksanaan dan pensijilan ISO/IEC 27001:2022 Information Security Management System (ISMS) pada 8 April 2025 bertempat di Dewan Keraian, Menara MPS.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Zuriati binti Karia, Pengurus Projek ISO/IEC 27001:2022 MPS dan Puan Wan Nor Aiman, Perunding ISO/IEC 27001:2022 MPS. Tujuan taklimat diadakan bagi memberi pendedahan mendalam mengenai Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat kepada kakitangan pelaksana MPS yang memainkan peranan penting dalam menjaga kerahsiaan pengguna.

Hadir sama, Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, pengarah jabatan dan wakil jabatan dalaman MPS.

 

Event Date: 
Tuesday, 8 April 2025 - 12:00pm