MENU
 
PROGRAM TANAM POKOK PERDANA 2024 DAN PERASMIAN TAMAN TASIK KOTA PUTERI PROGRAM TANAM POKOK PERDANA 2024 DAN PERASMIAN TAMAN TASIK KOTA PUTERI PROGRAM TANAM POKOK PERDANA 2024 DAN PERASMIAN TAMAN TASIK KOTA PUTERI

PROGRAM TANAM POKOK PERDANA 2024 DAN PERASMIAN TAMAN TASIK KOTA PUTERI

Majlis Perasmian Program Tanam Pokok Perdana 2024 dan Perasmian Taman Tasik Kota Puteri telah disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, pada 22 Disember 2024 bertempat di Taman Tasik Kota Puteri, Rawang.

Program anjuran Majlis Perbandaran Selayang melalui Jabatan Landskap ini diadakan bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri Selangor untuk menanam 11 juta pokok menjelang tahun 2025. Pada tahun 2024, MPS telah berjaya menanam lebih 104,000 pokok pelbagai jenis di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang.

Selain itu, turut diadakan gimik perasmian Taman Tasik Kota Puteri serta penyampaian sijil penghargaan kepada wakil-wakil sukarelawan iaitu Scientex Rawang, Sime Darby Property Berhad, Rawang Lakes Sdn. Bhd., Sekolah Kebangsaan Batu Arang, Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, SMK Tuanku Abdul Rahman, SMK Sungai Pusu, dan Kolej Komuniti Selayang atas kerjasama mereka dalam menjayakan program ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tuan Ir. Haji Md. Kamarzan bin Md. Rais, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Encik Ahmad Fitri bin Ahmad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak; Ahli Majlis; para pengarah Jabatan MPS; pegawai pengurusan PKNS; serta wakil-wakil jabatan dan agensi lain.

Event Date: 
Sunday, 22 December 2024 - 8:45am