- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
OPERASI PENIAGA WARGA ASING DI KAWASAN MATANG PAGAR, SUNGAI BULOH
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan Kerjasama Jabatan Imigresen Putrajaya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Gombak telah menjalankan operasi bersepadu bagi membanteras peniaga warga asing pada 17 Disember 2024 di Kawasan Matang Pagar, Sungai Buloh.
Seramai 140 anggota terlibat dalam operasi ini dan MPS telah mengeluarkan sebanyak 10 kompaun, 2 sitaan atas kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Seksyen 3 (Berniaga Tanpa Lesen), Seksyen 6(1) (Mengadakan Pusat Hiburan Tanpa Lesen), Seksyen 3(1) (Establisymen Makanan) dan Seksyen 27(2) (Bahan Mentah Atas Lantai).
Jabatan Imegresen Putrajaya juga telah melaksanakan pemeriksaan dan tangkapan sebanyak 32 orang lelaki dan 6 orang perempuan warga asing yang terlibat dalam kegiatan perniagaan tanpa permit.
MPS akan terus melakukan pemantauan dan akan menjalankan operasi bersepadu dengan melibatkan agensi kerajaan yang lain untuk memastikan masalah ini dapat ditangani dengan lebih baik. Tindakan tegas turut akan diambil terhadap mana-mana pihak didapati melanggar peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.