- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
MISI BANTUAN BENCANA SKUAD IHSAN MADANI: #KITASELANGOR PENYAYANG PASCA BANJIR KELANTAN
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Misi Bantuan Bencana Pasca Banjir Kelantan anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Yayasan Menteri Besar Incorporated (MBI).
Acara pelepasan atau flag-off telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, pada 16 Disember 2024 bertempat di Dataran SUK, Shah Alam.
Turut hadir dalam acara pelepasan ini adalah Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan, Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), dan Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).
Misi ini bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas di Kelantan serta sebagai tanda komitmen kerajaan negeri Selangor membantu mangsa yang memerlukan ketika bencana melanda.
MPS diwakili 7 kakitangan Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan yang turut menyertai misi kemanusiaan ini. Turut bersama-sama misi ini anggota dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi peringkat negeri dan daerah Negeri Selangor.