- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
MPS telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 6 Disember 2024 (Jumaat) bertempat di Lobi Menara MPS, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini bertujuan untuk mendekatkan pihak MPS dengan masyarakat setempat, mendengar aduan serta cadangan secara langsung, dan memberikan penyelesaian segera terhadap isu yang dibangkitkan oleh orang awam.
Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, bersama 25 wakil daripada 14 jabatan dalaman serta sebuah agensi luar.
Program ini telah berjaya mencapai objektifnya, iaitu memperkukuhkan hubungan antara MPS dan masyarakat setempat, di samping meningkatkan kepercayaan terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Bagi orang awam yang tidak berkesempatan untuk datang ke Program Hari Bertemu Pelanggan hari ini boleh melayari https://mps.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk sebarang aduan, cadangan dan maklum balas atau boleh ke media sosial kami untuk maklumat lanjut.