MENU
 
FIESTA MAKANAN WARISAN SELANGOR FIESTA MAKANAN WARISAN SELANGOR FIESTA MAKANAN WARISAN SELANGOR
FIESTA MAKANAN WARISAN SELANGOR FIESTA MAKANAN WARISAN SELANGOR FIESTA MAKANAN WARISAN SELANGOR

FIESTA MAKANAN WARISAN SELANGOR

Sekitar Fiesta Makanan Warisan Selangor yang turut memecahkan ‘The Malaysia Book Of Records’ untuk LARGEST PARTICIPATION IN ‘PUNTEN’ EATING SESSION MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR) anjuran kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama-sama Puan Azlina binti Aziz, Pegawai Daerah Gombak telah berkesempatan mempersembahkan cendera kenangan kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ketika baginda melawat reruai makanan tradisional dari daerah Gombak.

Tuan YDP MPS telah turut menerima sijil penghargaan dari YB Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor di atas penglibatan MPS untuk program ini.

Turut hadir YABhg. Datin Seri Masdiana binti Muhamad, isteri Dato’ Menteri Besar Selangor serta wakil dari agensi-agensi di peringkat negeri dan daerah.

Para pengunjung yang hadir turut disediakan pelbagai juadah daripada 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor yang menyertai fiesta ini.

Untuk daerah Gombak, MPS bersama-sama PDT Gombak telah menghidangkan Lemang Daun Lerek, Ubi Rebus, Sambal Tumis dan Kuih Bingka Ubi. Lebih 2400 pek makanan tradisional ini telah diedarkan kepada tetamu yang datang ke reruai daerah Gombak.

Event Date: 
Sunday, 17 November 2024 - 3:30pm