MENU
 
DYMM SULTAN SELANGOR ISYTIHAR GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA SELANGOR DYMM SULTAN SELANGOR ISYTIHAR GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA SELANGOR DYMM SULTAN SELANGOR ISYTIHAR GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA SELANGOR
DYMM SULTAN SELANGOR ISYTIHAR GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA SELANGOR DYMM SULTAN SELANGOR ISYTIHAR GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA SELANGOR DYMM SULTAN SELANGOR ISYTIHAR GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA SELANGOR
  DYMM SULTAN SELANGOR ISYTIHAR GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA SELANGOR  

DYMM SULTAN SELANGOR ISYTIHAR GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK KEBANGSAAN PERTAMA SELANGOR.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada hari ini telah berkenan mengisytiharkan Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLgp) sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dipilih menjadi tuan rumah untuk majlis pengisytiharan ini di mana Gua Damai di Batu Caves merupakan sebahagian daripada 31 geotapak di bawah GHLgp, dengan keluasan 112,955 hektar merentasi daerah Gombak dan Hulu Langat.

Turut hadir ke majlis ini YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam bersama YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor; YB Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Dato' Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru serta barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, agensi-agensi di peringkat Persekutuan, Negeri & Daerah.

Dalam majlis ini, DYMM Sultan Selangor turut berkenan mencemar duli ke reruai pameran termasuk reruai MPS di mana YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS telah berkesempatan memberi penerangan berkenaan lokasi geotapak dibawah MPS.

MPS sangat berbangga menjadi sebahagian daripada Geopark Kebangsaan yang pertama di Negeri Selangor. Sebanyak 21 lokasi kawasan Geotapak berada di bawah kawasan pentadbiran MPS seperti Gua Batu Caves, Taman Ekstrem Gua Damai dan Pekan Warisan Batu Arang. MPS juga turut giat melaksanakan projek naik taraf dan membaik pulih di lokasi- lokasi geotapak sekaligus meningkatkan industri pelancongan MPS.

Event Date: 
Saturday, 16 November 2024 - 3:00pm