- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
BENGKEL PENYELARASAN PROSES PELAN PEMAJUAN MPS
Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan Bengkel Penyelarasan untuk memperkenalkan inisiatif baharu bagi mempercepatkan proses permohonan pelan pemajuan.
Bengkel telah diadakan pada 6 - 8 November 2024 dan melibatkan kerjasama dari rakan strategik MPS, Sime Darby Property Sdn. Bhd.
Antara hasil utama bengkel ini ialah:
- Penyediaan proses kerja baharu dan carta alir yang lebih efisien.
- Penggunaan teknologi AI dalam semakan pelan.
- Penyediaan definisi dan prosedur SPID (Selayang Project Investment Development) bagi mempercepatkan pemajuan projek.
Prosedur baharu ini dijangka akan mula dilaksanakan pada awal tahun 2025.
Bengkel ini telah turut dihadiri oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, serta 49 peserta dari pelbagai jabatan teknikal MPS.
MPS berharap inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan pelaburan industri di kawasan pentadbiran MPS serta menjana peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.