MENU
 
MPS MENERIMA LAWATAN NAZIRAN DAN SESI HAND-ON AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 MPS MENERIMA LAWATAN NAZIRAN DAN SESI HAND-ON AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 MPS MENERIMA LAWATAN NAZIRAN DAN SESI HAND-ON AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

  MPS MENERIMA LAWATAN NAZIRAN DAN SESI HAND-ON AKTA PENGURUSAN STRATA 2013  

MPS TERIMA LAWATAN NAZIRAN DAN SESI HAND-ON AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara (JPN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini.

Lawatan ini bertujuan memberikan bimbingan serta memantau aspek pengurusan kewangan dan teknikal di Badan Pengurusan (JMB/MC) yang berada di bawah seliaan COB MPS.

Kunjungan ini diketuai oleh Puan Norul Hidayah Sarwadi, Akauntan Kanan JPN KPKT dan turut disertai anggota pasukan dari unit teknikal, kewangan dan penguatkuasaan.

Dua skim strata yang terlibat adalah Anggun City JMB, Rawang (komersial) dan Pangsapuri Perdana JMB (kediaman).

MPS berharap lawatan ini dapat memperkukuh lagi pengurusan berstrata yang lebih cekap, teratur, dan profesional.

Event Date: 
Wednesday, 6 November 2024 - 2:15pm