- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
Hari Ke-2 World Urban Forum 2024 (WUF-12)
Sekitar Majlis Perasmian Selangor Pavilion dan Pelancaran Laporan Voluntary State Review (VSR) & Voluntary Local Review (VLR) bagi enam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor sempena World Urban Forum 2024 (WUF12) di Kaherah, Mesir.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir, YB Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Dato’ Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan; serta YB Jamaliah binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang kemudian turut berkesempatan menyantuni YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan tetamu yang lain semasa lawatan ke reruai interaktif MPS.
Reruai Interaktif MPS di WUF 12 telah berkongsi tentang Rancangan Tempatan (RT) MPS 2030, Rancangan Kawasan Khas (RKK) Batu Arang, Sistem Smart Selayang, Pelan Tindakan Bandar Pintar serta Smart Selayang Mampan. Turut dipamerkan koleksi video promosi pelancongan MPS dan Bandar Warisan Batu Arang.