- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
Lawatan Penanda Aras Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2023 Majlis Perbandaran Selayang ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Bagi tujuan memperkukuh kefahaman mengenai persediaan Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA), satu lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah diadakan pada 23 Oktober 2024. Lawatan ini diketuai oleh En. Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti Majlis Perbandaran Selayang (MPS), bersama 31 kakitangan MPS.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Sha’rin bin Sahad, Ketua Unit Integriti MBMB, di mana beliau berkongsi maklumat terutamanya dalam aspek integriti, governans, dan pencegahan rasuah, serta memberi peluang kepada peserta mempelajari amalan terbaik MBMB sebagai rujukan MPS.
Terima kasih diucapkan kepada MBMB, dan diharapkan lawatan ini dapat mempererat hubungan strategik antara MPS dan MBMB, selain mencerminkan komitmen MPS dalam pematuhan tatakelola dan integriti.