- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
Bagi memastikan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik, dan efisien, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 4 hingga 5 November 2024.
Lawatan kerja ini melibatkan seramai 27 orang kakitangan MPS yang diketuai oleh Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari kaedah Pengurusan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pengurusan Penyelenggaraan Perangkap Minyak, serta Sistem Penarafan Bintang Tandas Awam. Delegasi MPS disambut oleh Tuan LAr Meor Abdullah Zaidi bin Meor Razali, Pengarah Kanan Perkhidmatan, yang mewakili Datuk Bandar MBI.
Semoga lawatan ini, serta perkongsian dan pertukaran idea antara Majlis Bandaraya Ipoh dan MPS, dapat meningkatkan kerjasama yang erat di samping memantapkan lagi pengurusan dalam aspek keselamatan dan kesihatan.