MENU
 
SESI FOCUS GROUP DISCUSION (FGD) SIRI 1 SESI FOCUS GROUP DISCUSION (FGD) SIRI 1 SESI FOCUS GROUP DISCUSION (FGD) SIRI 1
SESI FOCUS GROUP DISCUSION (FGD) SIRI 1 SESI FOCUS GROUP DISCUSION (FGD) SIRI 1 SESI FOCUS GROUP DISCUSION (FGD) SIRI 1

Majlis Perbandaran Selayang telah menganjurkan Sesi Focus Group Discussion (FGD) Siri 1 bertajuk Penyediaan Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) - Voluntary Local Review (VLR) dan SDG Roadmap pada 25 Oktober 2024 bertempat di Mercure Hotel, Selayang.

Sesi ini melibatkan penyertaan pelbagai wakil jabatan dan agensi yang memberikan pandangan serta maklum balas kritikal dalam merangka strategi untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Diskusi yang berlangsung telah menghasilkan cadangan-cadangan bernas untuk dimasukkan dalam Voluntary Local Review (VLR) dan pelan tindakan SDG Roadmap Majlis Perbandaran Selayang.

Majlis penutup Sesi FGD Siri 1 ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Selayang. Hasil daripada sesi ini diharapkan akan membantu mempercepatkan usaha ke arah pembangunan mampan dan kemajuan Selayang yang lebih inklusif dan lestari.