- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima lawatan rasmi daripada Bahagian Pengurusan Pendaftaran Cukai Dalam Negeri, JKDM WPKL Unit 1, Zon Tengah pada 23 Oktober 2024. Delegasi seramai 8 pegawai dan 5 anggota yang diketuai oleh Puan Halimah binti Abdul Hamid, Penolong Kanan Pengarah Kastam, bertujuan untuk bertukar pandangan mengenai kaedah percukaian premis.
Perbincangan berfokus kepada percukaian premis di bawah JKDM, pelesenan premis mengikut kategori oleh MPS, serta peranan Bahagian Perundangan MPS dalam penguatkuasaan undang-undang kecil sedia ada. Sesi dimulakan dengan tayangan montaj pengenalan Jabatan Penguatkuasa & Keselamatan (JPK) MPS.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara agensi dan memperluas kerjasama dalam urusan percukaian serta tatakelola premis di kawasan pentadbiran MPS.