MENU
 
PROGRAM AEROBIKTHON MPS TAHUN 2024 PROGRAM AEROBIKTHON MPS TAHUN 2024 PROGRAM AEROBIKTHON MPS TAHUN 2024

Sempena Hari Jantung Sedunia, Majlis Perbandaran Selayang melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan anjuran kerjasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MPS telah mengadakan Program Aerobikthon MPS Tahun 2024 pada 29 September 2024 bertempat di Dewan Terbuka Padang Kampung Baru, Batu Caves, Selangor.

Program telah dirasmikan oleh Puan Ruhanah binti Masruki, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MPS.

Seramai 350 orang peserta daripada 24 zon di bawah Majlis Perbandaran Selayang yang menyertai aerobik ini terdiri daripada Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan penduduk setempat. Acara aerobik telah diketuai oleh One Nation Fitness Club selama 2 jam.

Program ini bertujuan menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya menjaga kesihatan jantung dengan melakukan aktiviti senaman.

Hadir sama, Puan Mazurah binti Mohamed, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Puan Nur Adiba Nazeeha binti Azmi, Penolong Pegawai Daerah Gombak.