MENU
 
LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN PROSEDUR KOMPAUN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM MELALUI PEMANTAUAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN PROSEDUR KOMPAUN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM MELALUI PEMANTAUAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN PROSEDUR KOMPAUN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM MELALUI PEMANTAUAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV)

  LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN PROSEDUR KOMPAUN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM MELALUI PEMANTAUAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV)  

Majlis Perbandaran Selayang telah menerima kunjungan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Prosedur Kompaun Pembuangan Sampah Haram Melalui Pemantauan Kamera Litar Tertutup (CCTV) pada 10 September 2024.

Lawatan Penanda Aras ini telah disertai oleh 20 orang pegawai dari jabatan dalaman MBSA yang diketuai oleh Puan Rozaini binti Jaafar, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Digital dan Teknologi Maklumat MBSA dan disambut oleh Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat pelaksanaan prosedur kompaun pembuangan sampah yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS melalui pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) dan lawatan ini secara tidak langsung telah memberi perkongsian dan pendedahan di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya kepada pegawai jabatan di Majlis Bandaraya Shah Alam yang terlibat dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan skop kerja pada masa kini.