- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Tua dan Majlis Pecah Tanah Kompleks Islam Wira Damai
Bagi meningkatkan kualiti hidup golongan warga emas, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah membina Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Sungai Tua. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor pada 1 September 2024.
MPS merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan di negara ini yang menubuhkan dan membangunkan sendiri pusat untuk warga emas dengan kos RM2.4 juta. Pembinaannya menerapkan rekaan universal dan mesra warga emas dengan menggunakan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dan sistem solar. Pusat ini juga menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan mampu menampung sehingga 200 orang.
Sementara itu, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari turut merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Islam Wira Damai pada hari yang sama. Projek di bawah kerajaan negeri menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) ini dijangka siap awal tahun 2027. Kompleks ini akan memberi manfaat kepada hampir 10,000 penduduk sekitar Sungai Tua dengan menyediakan kemudahan solat yang lebih selesa menggantikan Masjid An-Nur Kampung Wira Damai.
Hadir sama dalam majlis ialah Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak, Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' Dr. Haji Wan Mahmood bin Pa'wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak, Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS dan juga wakil-wakil agensi kerajaan Negeri Selangor dan pihak korporat.