- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perbandaran Selayang telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Integriti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Unit Integriti Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor pada 26 Julai 2024 bertempat di Bilik Anggerik, MPS.
Lawatan seramai lima orang yang diketuai Encik Kamarulzaman bin Ahmad, Pengarah Jabatan Integriti DBKL dan Encik Muhammad Multazam bin Mohd Shuhaini, Ketua Unit Integriti Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor ini disambut oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS diiringi Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS.
Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam pengurusan fungsi teras Unit Integriti dan program-program yang dilaksanakan bagi mengekalkan kelestarian integriti dalam organisasi.
Turut sama, Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Jabatan Integriti MPS dan kakitangan Jabatan Integriti.