- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Penilaian Fizikal Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2024 anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor peringkat Majlis Perbandaran telah diadakan pada 10 Julai 2024. Pasukan Panel Penilai telah diketuai oleh Puan Nurmala binti Saaman, Penolong Setiausaha (Pembangunan Organisasi), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Negeri Selangor.
Sebanyak 31 Kumpulan di bawah Pentadbiran MPS telah menyertai pertandingan ini. MPS diwakili oleh 4 kumpulan iaitu Kumpulan Mekanik, Zero Debt, Kumpulan D'namik dan Kumpulan S&M. Turut bertanding adalah kumpulan dari dari Sektor Awam, IPT, Sekolah dan Akar Umbi.
Tuan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua turut melawat ke Pameran Inovasi kumpulan yang bertanding .
Penilaian Fizikal ini bertujuan menapis dan menilai projek yang akan ke peringkat seterusnya. Keputusan bagi kumpulan yang akan ke peringkat seterusnya akan diumumkan sekitar bulan Ogos 2024.