- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi pendengaran bantahan senarai nilaian baharu cukai taksiran di kawasan Majlis Perbandaran Selayang hari ini telah memulakan sesi yang pertama di Dewan Beringin Taman Sri Gombak.
Sesi pendengaran telah dipengerusikan oleh Tuan Adi Faizal Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, dan dihadiri oleh Tuan Haji Azhar Samsuri , Pengarah Perbendaharaan, Puan Norhayati Ahmad, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Ahli Majlis, dan Wakil Jabatan.
Lebih 357 pemilik harta telah hadir untuk menyatakan tentang sebab membantah nilaian baharu yang diterima.
Sesi pendengaran bantahan ini yang akan berlangsung sehingga 30 Ogos 2024 adalah bagi mendengar bantahan dari pemilik harta sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) . Bantahan ini merupakan satu proses yang perlu MPS selesaikan dan Cadangan Senarai Nilaian Baharu ini perlu diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk keputusan selewat-lewatnya pada 30 September 2024.