MENU
 
LAWATAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) KE MPS LAWATAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) KE MPS

MPS telah menerima lawatan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 6 Mac 2024 bertempat di Bilik Anggerik, Tingkat 9, Majlis Perbandaran Selayang.

Lawatan yang diketuai oleh Tuan Syazrul Nizam  Bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Infrastruktur DBKL turut disertai 4 orang pegawai telah disambut oleh Tuan Ir. Ts. Hazrin Hazizi bin Hussain Sabri, Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS.

Pada sesi lawatan tersebut, Tuan Ir. Haji Shaiful Nor Aidil bin Mohd Jaya, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS telah memberi taklimat mengenai Yuran Memproses Pelan Kejuruteraan (Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan Perparitan) serta Punca Kuasa dan Undang-Undang Kecil.

Semoga dengan sesi lawatan ini hubungan kerjasama antara MPS dan DBKL ini dapat meningkatkan jaringan perkongsian maklumat bagi kelestarian kesejahteraan bandar secara mampan.