MENU
 
LAWATAN PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL LAWATAN PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL LAWATAN PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL

LAWATAN PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL

LAWATAN PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL LAWATAN PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL

MPS pada hari ini telah menerima Lawatan Program Pemantauan Audit Teknikal Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan Bagi Tahun 2024.

Lawatan Program Pemantauan Audit Teknikal (PPAT) Kesihatan Persekitaran ini telah diketuai oleh Encik Firdaus Siau bin Abdullah dan Puan Siti Suziana Binti Abd Rashid  dari Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan. Sesi pengauditan yang akan berlangsung selama satu (1) hari ini akan melibatkan pemeriksaan dokumen dan juga lawatan di tapak  untuk memastikan perlaksanaan kerja dan tahap penyampaian perkhidmatan PBT adalah selaras dengan akta, dasar serta  garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Mesyuarat pembukaan Audit ini telah dipengerusikan oleh En. Mohamad Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat. Turut hadir Puan Norhayati Ahmad, Pengarah Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan serta pengarah dan pegawai MPS.