MENU
 
Program Tanam Pokok Perdana Majlis Perbandaran Selayang 2023 Program Tanam Pokok Perdana Majlis Perbandaran Selayang 2023 Program Tanam Pokok Perdana Majlis Perbandaran Selayang 2023

YB Puan Jamaliah bin Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar pada hari ini telah merasmikan Program Tanam Pokok Perdana Majlis Perbandaran Selayang 2023 bertempat di Elmina Business Park.

Program yang sama juga turut diadakan di dua lokasi secara serentak iaitu di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Batu, Gombak dan Taman Pinggiran Pelangi, Rawang. Seramai 550 sukarelawan telah terlibat di ketiga-tiga lokasi untuk menanam pokok. 

Terima kasih diucapkan kepada para pemaju iaitu Sime Darby Property Sdn. Bhd.; Daikin Malaysia Sdn. Bhd.; JPS Gombak; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); Malaysia Nature Society (MNS); STERIS; Kian Joo Can Factory dan Vivar Printing Sdn. Bhd. yang telah menyumbang dan menjadikan program pada hari ini satu kejayaan buat MPS.

YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS dalam ucapannya berharap penganjuran program sebegini dapat mendatangkan manfaat dalam aspek keindahan, kebersihan persekitaran dan pembangunan landskap secara menyeluruh.

Turut hadir Tuan Appollo Leong, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Bandar, Sime Darby Property Berhad; Tuan Tan Yong Cheem, Timbalan Presiden, Daikin Malaysia Sdn. Bhd.; Puan Cindy Chong, Pengurus Kumpulan Sumber Manusia Kian Joo Can Factory Berhad; Ahli-Ahli Majlis MPS dan para pengarah jabatan MPS.

Jamaliah Jamaluddin

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama