MENU
 
Anugerah Khas Komuniti Ceria Sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023 Anugerah Khas Komuniti Ceria Sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023 Anugerah Khas Komuniti Ceria Sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kebun Komuniti Flat Dadimur Taman Batu Caves yang telah menerima Anugerah Khas Komuniti Ceria sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023. Majlis telah diadakan pada 18 November 2023 bertempat di Midlands Convention Centre, Shah Alam dan dirasmikan oleh YB Tuan Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor.

Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor di bawah kelolaan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor diadakan bertujuan untuk meraikan dan menghargai usaha-usaha komuniti strata dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar melalui kebun-kebun komuniti dan pertanian bandar. 

Tahniah diucapkan sekali lagi atas kejayaan yang telah dicapai. Semoga komuniti di bawah pentadbiran MPS akan meneruskan program hijau dan mampan untuk meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama