MENU
 
Taklimat Peniaga Tapak Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri Taklimat Peniaga Tapak Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri Taklimat Peniaga Tapak Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri

Satu taklimat kepada peniaga Tapak Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri telah diadakan pada 2 November 2023 bertempat di Pusat Komuniti Kundang Estate.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Zariman bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan MPS dan Encik Muhammad Noor Salehuddin bin Kamis, Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS kepada 41 orang peniaga yang hadir.

Menerusi taklimat ini, MPS telah memaklumkan kepada para peniaga tentang tapak niaga yang telah dinaiktaraf dan pengoperasian akan bermula pada 4 November 2023. Turut diberikan penerangan berkenaan syarat-syarat permit meja lipat dan tindakan sekiranya peniaga tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama