MENU
 
Kerja-Kerja Pembersihan Oleh Anggota Unit Pantas Kerja-Kerja Pembersihan Oleh Anggota Unit Pantas Kerja-Kerja Pembersihan Oleh Anggota Unit Pantas
Kerja-Kerja Pembersihan Oleh Anggota Unit Pantas Kerja-Kerja Pembersihan Oleh Anggota Unit Pantas Kerja-Kerja Pembersihan Oleh Anggota Unit Pantas

Kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan yang menghalang laluan telah diambil tindakan oleh Anggota Unit Pantas Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS berikutan hujan lebat yang melanda semalam. Kerja-kerja bermula pukul 10.00 malam dan diakhiri pada pukul 3.00 pagi ini melibatkan 11 kawasan seperti berikut:

1. Padang Bola Sepak Sungai Pusu
2. Dataran Sungai Chinchin
3. Jalan KSK Utama
4. Jalan 7/4 menghala ke Sekolah Hillcrest
5. Masjid Al-Khairiyah
6. Jalan Utama Taman Bukit Desa
7. Desa Putra Apartment
8. Surau Sunway Batu Caves
9. Jalan SS 4 Taman Suria Selayang
10. Jalan Jasa Utama 9
11. Kampung Sungai Kertas

Jabatan Landskap MPS juga sedang melakukan kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan di kawasan Jalan Utama Gombak Permai dan Jalan SG 1/8. Terima kasih atas bantuan yang telah diberikan oleh semua pihak.

MPS akan sentiasa bersedia bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk dilalui.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama