MENU
 
Pelancaran Portal MY-ESIM Dan Karnival Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL) Pelancaran Portal MY-ESIM Dan Karnival Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL) Pelancaran Portal MY-ESIM Dan Karnival Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL)
Pelancaran Portal MY-ESIM Dan Karnival Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL)   Pelancaran Portal MY-ESIM Dan Karnival Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL)

Pelancaran portal MY-ESIM dan Karnival Sukan Komuniti Selayang (SUKOMSEL) telah diadakan di Perhimpunan Bulan September Peringkat MPS pada 21 September 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.

Portal MY-ESIM berfungsi bagi menyemak tunggakan hasil di MPS sebelum memproses setiap permohonan yang diterima di jabatan. MPS juga telah membuka portal MY-ESIM ini kepada orang awam untuk semakan kendiri yang boleh diakses melalui pautan https://my-esim.mps.gov.my

SUKOMSEL kali ke-6 pula bakal diadakan pada 7 dan 8 Oktober 2023. Sukan yang akan dipertandingkan adalah seperti Futsal, Bola Jaring, Badminton dan Tenpin Boling melibatkan 24 Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP).

Diharapkan inisiatif portal MY-ESIM akan menaikkan imej MPS dan memberikan impak yang positif. Kelahiran bakat-bakat baharu serta sambutan yang menggalakkan daripada setiap zon JKP turut diharapkan melalui penganjuran SUKOMSEL ini.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama