MENU
 
Operasi Sekitar Rawang, Gombak Dan Selayang Operasi Sekitar Rawang, Gombak Dan Selayang Operasi Sekitar Rawang, Gombak Dan Selayang

Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS telah mengadakan operasi di sekitar kawasan Rawang, Gombak dan Selayang pada 13 September 2023.

Operasi ini melibatkan penjaja yang meninggalkan barang jualan di Medan Puteri di mana sebanyak tujuh (7) sitaan telah dikeluarkan oleh pihak MPS di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007. Selain itu, sebanyak tujuh (7) sitaan dalam operasi yang sama juga telah dilakukan di Taman Perindustrian Bolton di bawah Akta Jalan Parit Bangunan (Halangan) dan satu (1) sitaan di Prima Gombak di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007. 

Pada masa yang sama, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS juga telah mengadakan operasi sitaan restoran di kawasan Selayang Jaya melibatkan sitaan kerusi, meja lipat dan khemah di bawah Akta Jalan Parit Bangunan (Halangan) dan Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007.

MPS ingin mengingatkan kepada semua penjaja dan pemilik restoran untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan atau tindakan tegas akan dikenakan oleh pihak MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama