- HOME
- CORPORATE INFO
- HELP
- Secretary Profile-CIO
- SERVICES
- PUBLIC FACILITIES
- TOURISM & RECREATION
- LEGAL
- ARCHIVE
- DEPT INFO
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selango
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perbandaran Selayang bersama Global Environment Centre (GEC) telah mengadakan Program Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Batu sempena Hari Sungai Sedunia yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS pada 9 September 2023 bertempat di Seri Selera Wira Damai, Gombak.
Aktiviti seperti pembersihan kawasan, penanaman pokok pendebungaan, penanaman pokok, kitar semula, pemasangan ecobrick dan program saintis muda telah diadakan pada program ini melibatkan seramai 150 peserta dari Azmida Technical College, SMK Taman Selayang, INTI International College Subang dan penduduk dari komuniti setempat.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti setempat berkenaan tanggungjawab bersama dalam menjaga dan memelihara alam sekitar. Semoga inisiatif ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Turut hadir Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Dr. K. Kalithasan, Pengurus Program River Care GEC; Tuan Hasrulhisham bin Abdullah, Jurutera Daerah JPS Daerah Gombak; Tuan Muhammad Husaini bin Mohd Yunos, Ahli Majlis Zon 6 MPS; Encik Zarul Hafizh bin Hamzah, wakil dari CIMB Islamic Bank dan para pengarah jabatan dalaman MPS.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama